Posts

Showing posts from August, 2020

600 Ahli Bersatu Teluk Kemang Keluar Parti Sertai KeADILan

Image
  PORT DICKSON: Seramai 600 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Cawangan Teluk Kemang mengisytihar keluar parti dan menyertai Parti KeADILan Rakyat (KeADILan). Bekas Ketua Cawangan Bersatu Teluk Kemang, Saudara Mohd Ibrahim Khan Amanulla Khan berkata, beliau bersama ahli yang lain keliru dengan perkembangan politik parti Bersatu yang dianggap mengkhianati mandat rakyat. “Bersatu tidak amanah dengan mandat yang diberikan oleh rakyat kepada Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu. “Justeru saya beranggapan bahawa keruntuhan Kerajaan Pusat Pakatan Harapan adalah lantaran keegoan sesetengan pihak yang kononnya kaya dengan dengan pengalaman berpolitik tetapi miskin dari segi tanggungjawab dan maruah. “Dalam keadaan memungkiri janji pun mereka boleh mendabik dada bahawa merekalah yang hebat dalam berpolitik tatkala melompat untuk memasuki gelanggang lawan. “Tanpa segan silu mereka mendakwa bahawa tindakan mereka adalah mengikut acuan politik semasa. Namun hakikat sebe...