Calon Bertembung Di Pasar Tani
PORT DICKSON: Suasana kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) semakin meriah apabila calon semua parti bertembung ketika kempen di Pasar Tani Batu 4, di sini, pagi ini. Tinjauan NSTP mendapati lokasi berkenaan strategik untuk calon Barisan Nasional (BN), pakatan pembangkang dan PAS pada PRU kali ini berkempen kerana ia menjadi tumpuan orang ramai. Calon yang dilihat hadir bersama penyokong ialah calon BN bagi kerusi Parlimen Port Dickson, Datuk VS Mogan dan DUN Bagan Pinang, Datuk Tun Hairudin Abu Bakar; calon pakatan pembangkang, Datuk Danyal Balagopal Abdullah dan PAS, Mahfuz Roslan. Turut kelihatan, calon PAS di DUN Sri Tanjung, Kamarol Ridzuan Mohd Zain dan calon DUN Linggi, Noor Mohammad Rizal Ishak serta calon PKR bagi DUN Bagan Pinang, Mohd Ibrahim Khan. Mereka bertembung dan bersalam-salaman dalam suasana harmoni walaupun hakikatnya sedang 'berperang'. Tun Hairudin berkata, lokasi pasar tani itu sesuai bagi calon bertemu pengundi dan beliau sudah menjangkakan akan berte...