Akaun FB Palsu: Penyelaras DUN Bagan Pinang Lapor Polis
PORT DICKSON - Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Mohd Ibrahim Khan Amanula Khan membuat laporan polis berhubung sebuah akaun Facebook palsu yang menggunakan nama dan wajahnya hari ini. Ibrahim berkata, akaun Facebook yang tular sejak kelmarin itu telah menggunakan nama dan wajahnya, selain meninggalkan komen di laman sosial berunsur lucah dan berbaur rasis. Menurutnya, beliau menyedari perkara itu selepas dimaklumkan oleh pegawai DUN Bagan Pinang tengah hari semalam. "Saya terkejut kerana masih ada lagi pihak yang sanggup berbuat cara sebegitu (fitnah di media sosial) semata-mata untuk menjatuhkan maruah saya. "Akaun palsu itu telah menjatuhkan imej dan moral saya selaku Pegawai Penyelaras DUN yang dilantik oleh kerajaan. "Saya yakin orang itu ada niat tidak baik terhadap saya," katanya kepada Sinar Harian, hari ini. Katanya, tindakan melakukan fitnah terutama menggunakan unsur berbaur lucah adalah perbuatan terkutuk yang perlu dielakkan. "Ji...