Posts

Showing posts from December, 2020

Perasmian Penutup dan Penyampaian Sijil & Elaun

Image
 Tarikh: 30/12/2020 (Rabu) Masa: 3:30 petang Tempat: Ancasa Hotel & Resort Tuan Mohd Ibrahim Khan Bin Amanulla Khan diiringi pegawai khas beliau telah merasmikan  acara penyampaian sijil dan elaun serta menutup tirai program itu dan turut hadir wakil kepada Tuan Rosli (Penyelaras Dun Linggi), En.Saufi Miad, Ketua Kg.Sawah dan Kg.Baru Si Rusa. Syukur alhamdulillah acara berjalan dengan lancar.

Kursus Keusahawanan Kumpulan 3/Siri 3

Image
Tarikh: 22/12/2020 (Selasa) Masa: 9:30 pagi Tempat: Ancasa Hotel & Resort Kursus keusahawanan yang dianjurkan oleh Tn.Mohd Ibrahim Khan Bin Amanulla Khan mendapat sambutan yang menggalakkan, kehadiran penuh dari peserta seramai 25 orang dari warga yang bukan sahaja DUN Bagan Pinang malah telah meluas ke DUN yang lain didalam Parlimen Port Dickson. Kursus ini telah berjalan dengan baik, perasmian dan suai kenal di hari permulaannya pula sangat mesra dan berjalan dengan lancar.

Kembara Misi Amal Tahun 2020

Image
Tarikh: 15/12/2020 (Selasa) Masa: 12:00 petang Tempat: Kg.Baru Si Rusa dan Kg.Telok Kemang Team MIK yang diketuai Tn.Mohd Ibrahim Khan bergabung dengan sebuah NGO (Misi Amal Kembara Iman) menyampaikan  sumbangan barang dapur  dan juga kewangan di Kg.Baru Si Rusa dan Kg.Telok Kemang. Program usahasama yang diusahakan beliau ini adalah untuk  terus membantu masyarakat sekeliling  yang memerlukan bantuan. Sebanyak 5 buah rumah keluarga yang terlibat iaitu 3 di Kg.Baru Si-Rusa dan 2 di Kg.Telok Kemang. Syukur, Alhamdulillah program berjalan dengan lancar dan selamat. Kembara Misi Amal penghujung tahun 2020 dari 11 - 15/12/2020 yang bermula dari Gemas dan berakhir di Port Dickson, merentasi 8 buah kampung di 2 negeri dan serahan sumbangan untuk 90 keluarga asnaf. Di antara kampung yang terpilih untuk diziarahi adalah di sekitar Gemas Segamat, Labis dan Port Dickson. Segala usaha adalah dengan izin Allah dengan sumbangan dari penyumbang dan dari...