Kembara Misi Amal Tahun 2020
Tarikh: 15/12/2020 (Selasa)
Masa: 12:00 petang
Tempat: Kg.Baru Si Rusa dan Kg.Telok Kemang
Team MIK yang diketuai Tn.Mohd Ibrahim Khan bergabung dengan sebuah NGO (Misi Amal Kembara Iman) menyampaikan sumbangan barang dapur dan juga kewangan di Kg.Baru Si Rusa dan Kg.Telok Kemang. Program usahasama yang diusahakan beliau ini adalah untuk terus membantu masyarakat sekeliling yang memerlukan bantuan.
Sebanyak 5 buah rumah keluarga yang terlibat iaitu 3 di Kg.Baru Si-Rusa dan 2 di Kg.Telok Kemang.
Syukur, Alhamdulillah program berjalan dengan lancar dan selamat.
Kembara Misi Amal penghujung tahun 2020 dari 11 - 15/12/2020 yang bermula dari Gemas dan berakhir di Port Dickson, merentasi 8 buah kampung di 2 negeri dan serahan sumbangan untuk 90 keluarga asnaf. Di antara kampung yang terpilih untuk diziarahi adalah di sekitar Gemas Segamat, Labis dan Port Dickson. Segala usaha adalah dengan izin Allah dengan sumbangan dari penyumbang dan dari ahli misi yang sama-sama menghulur bagi meringankan keperluan harian buat keluarga asnaf. Kembara misi akan meneruskan langkah menjejaki asnaf di Ijok & Parit Mahang pada hujung minggu akan datang 25 & 26 Disember dan diikuti Kembara Amal awal tahun 1 - 3 Januari 2021 ke Kuala Krai, Kg. Bahgia dan pendalaman Dabong. Semoga segalanya dipermudahkan.
Comments
Post a Comment