Menaik Taraf Dewan Bagan Pinang dan Bangunan MARA
Tarikh: 24/01/2021 (Ahad)
Naik taraf Dewan Bagan Pinang di maklumkan telah siap sepenuhnya, ini adalah salah satu daripada banyak perkara yang telah di usahakan oleh Tuan Mohd Ibrahim Khan semasa beliau menggalas tanggungjawab sebagai Penyelaras DUN Bagan Pinang dari selepas PRU 14 sehingga terjadinya sejarah hitam dalam pergolakkan politik dalam negara yang menyebabkan Team MIK pada ketika itu sedang rancak menyusun dan merancang untuk pembangunan serta menjaga keselesaan warga masyarakat terutamanya dalam DUN Bagan Pinang terpaksa meninggalkan pejabat DUN. Ini antara usaha-usaha yang sedang dan sudah dilaksanakan ialah rumah-rumah Ibadat (Islam dan bukan Islam), jalan-jalan kampung, lampu-lampu jalan kampung, perparitan dan pelbagai lagi, contohnya Dewan Bagan Pinang yang telah siap ini dan deretan Bangunan MARA baru yang berhampiran tapak pasar malam Batu 4 dikhabarkan sudah hampir 90 peratus untuk siap.
Dalam perjalanan untuk mendapatkan peruntukan pembangunan, antara usaha yang dilakukan oleh Tuan Mohd Ibrahim Khan adalah mengadakan program yang besar dengan mejemput seorang Menteri untuk turun ke kawasan DUN bagi melihat sendiri akan permohonan yang dibuat, program ini adalah lawatan ke kawasan yang terlibat, Dewan Bagan Pinang dan Bangunan MARA.
Team MIK terutamanya penaung pasukan ini Tuan Mohd Ibrahim Khan mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB Datuk Seri Rina Mohd Harun kerana telah meluluskan permohonan ini sehingga ia berjaya dilaksanakan.
Sumber: Media Team MIK
Program Mesra dan Ziarah Kasih 12 Januari 2020
Kini Dewan Bagan Pinang yang telah siap di naik taraf
Kini Bangunan MARA yang 90 peratus disiapkan
Comments
Post a Comment