PERKIM Negeri Sembilan Ziarah Pesakit

 “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu’, maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti (yang banyak berbuat kebajikan).” (Ali Imran: 193)

Amalan kebajikan yang dilakukan oleh seseorang sebenarnya adalah untuk menyucikan diri, sekaligus memberi manfaat kepada kehidupan kerana Islam menganjurkan umatnya agar saling bantu-membantu di mana yang sihat membantu yang sakit manakala yang kaya memberi kepada mereka yang memerlukan.

Sehubungan itu, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan dengan kerjasama Perkim Bahagian Negeri Sembilan berkesempatan menziarahi 70 pesakit di Hospital Tuanku Jaafar, Jalan Rasah, Negeri Sembilan pada 30 Jun 2016 lalu.

Dalam program itu, Perkim Kebangsaan bersama lapan ahli jawatankuasa Perkim Bahagian Negeri Sembilan menghulurkan buah tangan kepada 70 pesakit.


Kredit:https://www.perkim.net.my/perkim-negeri-sembilan-ziarah-pesakit/







Comments

Popular posts from this blog

Menaik Taraf Dewan Bagan Pinang dan Bangunan MARA

Bantuan Barang Dapur dan Bantuan Pendidikan Keperluan Sekolah Siri 3